fbpx

Tayang lelaki Perancis, belum boleh ‘declare’ – Maya Karin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYA Karin mengakui sudah setahun mengenali hati budi seorang lelaki warga Perancis yang kini paling rapat dengannya.

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal Maya Karin mengakui sedang mengenali seseorang yang dikatakan lelaki paling rapat dengannya sejak hampir setahun lalu.

Katanya, hubungan dengan lelaki asal Perancis itu belum sampai ke fasa menuju perkahwinan, namun mereka menikmati waktu indah bersama-sama.

“Belum boleh ‘declare’ (isytiharkan hubungan). Bolehlah dikatakan dia teman yang cukup rapat. Sebab itu dia datang ke majlis pelancaran minyak wangi saya ini.

“Sebenarnya tiada apa pun nak dikongsi. Semua yang datang keluarga terdekat yang saya sayang dan orang yang sayangkan saya.

“Saya bertuah dapat sokongan kuat. Cuma masing-masing sibuk, kita tengok macam mana nanti,” katanya selepas pelancaran minyak wangi By Maya Karin di World Trade Centre (WTC), petang semalam.

Memaklumkan lelaki dimaksudkan berusia awal 40-an, kata pelakon Munafik 2 itu, si dia berdarah campuran dari pelbagai negara itu juga pernah disangka berketurunan Arab.

“Cukuplah saya katakan kami berkenalan tahun lepas di sini, dia asal Perancis tetapi ada campuran keturunan sampai pergi ke restoran Arab pun orang di situ berbual dengannya dalam bahasa Arab.

“Keluarga tahu kami berkawan. Mereka pernah jumpa. Kebetulan pula sekarang tiada penggambaran macam sebelum ini saya di Perlis selama tiga bulan melunaskan tugas,” tambahnya.

Ditanya rancangan kehidupan bersama, Maya yang sudah 13 tahun berstatus solo selepas bercerai enggan menaruh sebarang harapan .

Biarpuun bersedia untuk kembali melalui kehidupan berumah tangga, dia lebih selesa menjaga perasaan sendiri selepas pernah kecundang dalam perkahwinan.

“Setakat ini saya cuma ‘go with the flow’ kerana tiada tujuan lagi. Tentu saja saya sedia berkahwin dan cari teman sejiwa, cuma pada sama tak mahu letak harapan.

“Selepas bercerai saya pernah jatuh cinta dan punya kekasih, hati berbunga-bunga tetapi akhirnya putus. Rasa sakit hati. Sekarang dah tak macam zaman remaja.

“Saya kini lebih kepada lindungi diri sendiri kerana yang jaga perasaan kita adalah kita, kena tenang-tenang dulu,” akui Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-49 di Fukuoka, Jepun itu.

Tidak meletakkan usia sebagai ciri lelaki pilihan, tambah pemilik nama sebenar Maya Karin Roelcke, 43, paling utama bakal teman hidupnya nanti mempunyai minat mengembara sepertinya.

“Rasanya agak lama lagi untuk berkahwin. Bukan soal selera lelaki muda atau lebih matang. Pernah juga ada jejaka 12 tahun lebih muda daripada saya cuba dekati.

“Kalau ada jodoh saya mahu lelaki yang sukakan mengembara macam saya, mengelilingi dunia. Aktiviti ini pun sudah lama saya tinggalkan. Kena mula balik,” katanya.

Sebelum ini perkahwinan Maya dengan Muhammad Ali Abdullah hanya bertahan selama dua tahun apabila mereka bercerai pada 16 Julai 2010. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI