fbpx

Ku Li kekal Ketua UMNO Bahagian Gua Musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ku Li (dua dari kanan) semasa membuang undi pada pemilihan UMNO Bahagian Gua Musang di Balai Rakyat Bukit Cekati, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

GUA MUSANG – Tengku Razaleigh Hamzah berjaya mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian yang disandangnya sejak lebih enam dekad meskipun tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.

Kemenangan itu mengukuhkan status Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li sebagai Ketua UMNO bahagian paling lama berkhidmat di negara ini.

Ku Li mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang dengan undian sebanyak 453 undi pada pemilihan bahagian itu hari ini.

Beliau mengalahkan dua pencabarnya, Che Mohd. Izani Che Musa dengan 46 undi dan Datuk Saari Lembut yang hanya memperoleh lima undian.

Berdasarkan rekod, Ku Li dilantik menjadi Ketua UMNO Bahagian Ulu Kelantan pada tahun 1962 ketika beliau berusia 25 tahun.

Pada pemilihan kali ini, Ku Li dicabar Datuk Saari dan Che Mohd. Izani sekali gus menerima cabaran buat kali kedua sejak memimpin bahagian tersebut selama 64 tahun.

Beliau kali pertama dicabar untuk mempertahankan jawatan itu semasa pemilihan UMNO Bahagian Gua Musang pada 2013 oleh bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Bazlan Baharuddin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI