fbpx

Program Jom Ziarah Gereja sah batal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana di Gereja The Church of Our Lady of Lourdes, Klang, semalam. - Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

KLANG – Program Jom Ziarah Gereja di Gereja The Church of Our Lady of Lourdes di sini, hari ini sah dibatalkan susulan  penetapan dan arahan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Tinjauan Kosmo! mendapati kawasan gereja itu lengang tanpa sebarang kehadiran peserta program terutama belia beragama Islam selain wakil daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Selangor turut menjalankan pemantauan di gereja tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Impact Malaysia, Ahmed Faris Amir berkata, agensi di bawah KBS itu akur sepenuhnya dengan arahan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

“Program itu sah dibatalkan susulan penggulungan Menteri di Parlimen, baru-baru ini.

“Tiada sesiapa menghadirinya termasuk belia Islam dan penganjuran program seumpama ini diserahkan kepada Kementerian Perpaduan Negara,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan penganjuran program bagi memujuk atau mempengaruhi umat Islam cenderung kepada agama bukan Islam adalah dilarang sama sekali di Selangor.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof menegaskan, perkara itu merupakan kesalahan mengikut Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Terdahulu, Hannah di Parlimen menyatakan bahawa program Jom Ziarah telah ditukar dan dihadkan hanya kepada belia bukan Islam.

Isu itu timbul susulan penyebaran iklan dan risalah mengenai ‘Projek Artikel 11 Jom Ziarah’ anjuran Impact Malaysia yang
terbuka kepada belia bagi mengetahui lebih lanjut pelbagai agama lain. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI