HULU SELANGOR – Seekor anak lembu dibawa keluar sepasukan bomba selepas didapati terperangkap dalam longkang di Jalan Utama Antaragapi, di sini, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 6.12 petang tadi.
Katanya seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar terdapat seekor anak lembu jatuh ke dalam longkang.
“Anggota bertugas menangkap dan mengangkat anak lembu tersebut menggunakan hos ke kawasan yang selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Morni, selesai mengalihkan anak lembu tersebut anggotanya bergerak kembali ke balai bomba. – KOSMO! ONLINE.