fbpx

Wanita guna laman web perkahwinan untuk bandingkan gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan wanita itu mendapat sambutan di media sosial India. - NDTV

NEW DELHI – Seorang wanita tular di media sosial India selepas menggunakan laman web perkahwinan untuk membandingkan tawaran gaji di beberapa syarikat dan memohon pekerjaan, lapor stesen penyiaran NDTV.

Percubaan itu ternyata membuahkan hasil dan semakin popular di media sosial.

Berdasarkan hantaran di laman LinkedIn oleh akaun bernama Ashveen Bansal, seorang wanita menggunakan laman web Jeevansathi.com untuk membandingkan pendapatan di pelbagai syarikat.

Wanita itu dikatakan merujuk jumlah pendapatan pengguna di laman web tersebut dan syarikat yang menggaji mereka.

Sebilangan pengguna tertarik dengan tindakan wanita itu, manakala ada yang menganggap ia pelik.

“Salah satu idea terbaik ialah memikirkan gaji anda sebelum menyertai syarikat. Ashveen Bansal, kawan anda adalah permata! Jangan pernah kehilangan dia,” komen seorang netizen.

“Kami sedar bahawa orang ramai bercinta di Facebook dan platform media sosial yang lain. Sekarang ini adalah penggunaan baharu laman web perkahwinan, ia sebenarnya boleh menjadi platform data yang sangat baik jika mereka tidak meletakkan gaji palsu untuk kelihatan baik dalam perkahwinan,” komen netizen lain. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI