fbpx

Rencana Fandi julang skuad Sri Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Sri Pahang gembira ketika meraikan kemenangan 3-0 ke atas Perak FC pada saingan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh kelmarin.

PERTUKARAN yang dilakukan berjaya menyelamatkan Sri Pahang untuk merekodkan kemenangan kedua musim ini dengan menewaskan Perak FC 3-0 di Stadium Perak, Ipoh kelmarin.

Pengendalinya, Fandi Ahmad mengakui kurang gembira melihat tahap konsistensi anak-anak buahnya apabila menurunkan tempo permainan di babak ­kedua dan situasi itu diakui memberi keyakinan tambahan buat tuan rumah.

“Kita rendahkan tempo permainan (di babak kedua) dan ia beri keyakinan kepada Perak. Apa pun selepas saya buat pertukaran, permainan kami kembali tersusun seperti apa yang dimahukan.

“Kita faham Perak berusaha, selepas mereka menang (ke atas Kuching City), mereka mahukan gol dengan cepat, namun kita faham cara mereka dan sebab itu kita mampu mengatasinya.

“Selepas mereka bolos satu gol, kita nampak mereka kecewa dan apa yang boleh kita buat adalah terus mengawal permainan,” katanya.

Terdahulu, skuad Tok Gajah hanya memerlukan 13 minit untuk membuka jaringan menerusi Kpah Sherman sebelum Stefano Brundo dan pemain gantian, Zuhair Aizat Mohd. Nazri melengkap­kan dua lagi gol buat Sri Pahang.

Pada masa sama, legenda Singapura itu tidak menolak­ ­andaian beliau terpaksa mengambil risiko mempertaruhkan Sherman di jentera serangan sedangkan bintang import itu belum lagi cergas 100 peratus.

“Saya terpaksa turunkan pemain kurang cergas seperti Kpah. Dia pun belum bermain 100 peratus, malah dia juga seakan masih takut untuk lakukan larian.

“Mudah-mudahan Lucas Silva dapat kembali perkuatkan pasukan kerana tumpuan sekarang lebih kepada Kpah. Saya tidak pasti keadaan sebenar (Silva) tetapi buat masa sekarang dia sudah mula jogging,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI