fbpx

Menyamar ‘rider’ hantar 111 botol ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara botol air berisi air ketum yang dirampas di sebuah premis sekitar Ampang, semalam.

AMPANG JAYA – Sebanyak 111 botol berisi air ketum dirampas selepas polis menahan seorang penunggang motosikal yang membawa bahan larangan itu di Pandan Indah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, penahanan lelaki itu dibuat pukul 5 petang menerusi Op Tapis Khas di kawasan tersebut.

Katanya, pemeriksaan ke atas suspek menemui 11 botol plastik berisi air ketum dengan isipadu 8.25 liter.

“Hasil soal siasat membawa kepada tangkapan kedua, seorang lelaki tempatan di sebuah rumah di Ampang dan menemui dua plastik berisi air ketum.

“Hasil soal siasat membawa pihak berkuasa ke sebuah lagi rumah di Ampang dan merampas 111 lagi botol berisi air ketum dengan isipadu 83.25 liter.

Menurut Mohamad Farouk, semakan ke atas dua suspek berusia 25 dan 35 tahun itu mendapati mereka tidak memiliki rekod jenayah dan ujian air kencing juga negatif bahan terlarang.

Jelasnya, suspek menggunakan beg penghantar ketika membawa bahan terlarang itu bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Rampasan bernilai RM1,200 dan dua suspek tersebut direman selama tiga hari sehingga Isnin ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI