fbpx

Nat, pasar malam dan pasar tani Perlis hasilkan 1,129 tan sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. SHUKRI memotong riben sebagai simbolik pelancaran kempen Nat Bebas Sampah di Nat Behor Lateh di sini hari ini.

KANGAR – Sebanyak 1,129.4 tan kutipan sisa buangan daripada nat, pasar malam dan pasar tani direkodkan sepanjang tahun lalu di negeri ini.

Jumlah itu merangkumi dengan purata 94.2 tan sisa buangan daripada tapak buangan dalam tempoh sebulan manakala purata untuk satu lokasi pasar kecil adalah 8.56 tan kutipan sampah sebulan.

Menurut rekod terdapat sebanyak 27 lokasi perniagaan pasar kecil merangkumi 15 nat atau pasar pagi, lapan pasar malam dan empat pasar tani yang dibuka di seluruh negeri itu.

Justeru, Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli menggesa semua pihak termasuk peniaga nat atau pasar pagi menjaga kebersihan kerana kawasan tersebut adalah lokasi popular yang menjadi tumpuan masyarakat setempat dan pelancong dari luar.

“Secara umumnya, menjaga kebersihan adalah tuntutan agama dan ia selaras dengan Agenda Perlis Sihat Bersih 2021-2025 yang turut mempromosikan amalan kitar semula.

“Kerajaaan negeri juga turut merancang memperluaskan lagi promosi kempen nat bebas sampah di semua pasar pagi, pasar malam dan pasar tani di seluruh negeri ini bagi manambah baik tahap kebersihan semasa.

“Pihak berkuasa tempatan serta penganjur pusat-pusat jualan ini turut digesa menambah baik dan memperkemas aspek kebersihan kerana ia adalah tanggung jawab bersama dan bukan mengharapkan Jabatan serta agensi kerajaaan sahaja,” katanya dalam satu kenyatan di sini hari ini.

Terdahulu beliau mengetuai walkabout Kempen Nat Bebas Sampah bersama pegawai kanan pentadbiran negeri di Nat Behor Lateh di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI