fbpx

Rais tidak mahu UMNO tumbang saat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAIS yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Melaka ketika ditemui pemberita di sebuah hotel di Banda Hilir, Melaka. -Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/KOSMO!

MELAKA – Calon Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Rais Yassin nekad bertanding dalam pemilihan kali ini sebagai langkah awal mengatur kesiapsiagaan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Rais berkata, tujuannya hanya satu iaitu mahu mendapatkan semula kepercayaan rakyat, khususnya di parlimen itu secepat mungkin dan bukannya pada saat-saat akhir apabila menjelang PRU16.

“Saya mesti (berusaha) ke maksimumnya di Tangga Batu, kalau jadi Naib Ketua Bahagian saya tidak boleh membuat perubahan, oleh itu saya mengambil langkah berani ini.

“Mungkin akan ada cakap-cakap saya ini gelojoh mahu menjadi Ketua Bahagian pada usia saya (39 tahun) tetapi saya membawa bersama pengalaman yang ada sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

“Kalau tidak kesuntukan masa, memang saya boleh tunggu tetapi saya takut bila tiba masanya nanti (PRU16), barulah peranan itu seolah-olah diserahkan kepada saya,” katanya kepada pemberita di sebuah hotel di Banda Hilir, di sini.

Tambah Rais, landskap politik lalu menyaksikan Parlimen Tangga Batu yang menjadi kubu kuat UMNO tergadai, selepas tewas mengejut kepada Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 dan Perikatan Nasional (PN) pada PRU15.

Mengulas lanjut, beliau komited membawa perubahan diseru Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk menjadikan UMNO bukan hanya relevan di kawasan masyarakat Melayu.

“Saya yakin dengan track record, usia dan pengalaman, saya mampu menjadikan UMNO relevan bukan sahaja di kawasan majoriti Melayu di kampung tetapi masyarakat di bandar, Parlimen Tangga Batu juga kebanyakan telah maju menjadi bandar.

“Saya menawarkan diri kerana yakin dan percaya ahli-ahli UMNO terutama para perwakilan telah matang, bukan sahaja peringkat bahagian tetapi MKT, saya percaya akan diberikan peluang serta peluang,” katanya.

Rais yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Melaka bakal berdepan penyandang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI