PETALING JAYA – Seorang pengguna Facebook berkongsi kaedah baharu untuk masuk ke tandas di sebuah pusat beli belah terkemuka di ibu negara yang menggunakan sistem pembayaran tanpa tunai melalui kad debit atau kredit.
Menerusi perkongsian pemilik akaun Coffee Zack di kumpulan Facebook, B40 Buat Perangai Apa Harini, bayaran untuk sekali masuk ke tandas adalah RM1 seperti mana yang dipaparkan pada sistem pembayaran tersebut.
“Apa ke gila tandas dekat S****, tinja (hadas) kau dah di hujung dubur, dia boleh suruh bayar pakai kad.
“Kalau tak ada kad, mau menyembur kat situ juga. Tak ada lain, sistem seperti ini nak paksa orang pakai kad lepas itu data dia ambil,” katanya.
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut dengan kaedah pembayaran tersebut yang disediakan untuk pengguna yang mahu menggunakan tandas awam di pusat beli-belah berkenaan.
“Semua nak cashless (bayaran tanpa tunai), tapi tandas macam ini selalunya tempat-tempat orang kaya, kalau pusat beli-belah rakyat marhaen, percuma sahaja,” kata Adilah.
“Itu baru suruh guna kad, kalau dia suruh guna kod QR, data telefon lembab, mahu tercicir depan tandas,” seloroh Amirulzz. – KOSMO! ONLINE