fbpx

Cuaca baik di Semenanjung pagi ini, hujan lebat sebelah petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi tinjauan gema radar menunjukkan keadaan cuaca adalah cerah dan tiada hujan yang dicerap di kebanyakan tempat di Semenanjung pada pagi ini.

Bagaimanapun, jelas MetMalaysia, menjelang petang nanti, dijangkakan ribut petir dan hujan lebat berpotensi berlaku di satu dua tempat melibatkan kawasan pedalaman negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan.

“Keadaan yang sama juga diramal melanda utara Semenanjung menjelang awal petang nanti dan dijangka berlarutan sehingga ke lewat petang hari ini,” katanya menerusi laporan cuaca di YouTube sebentar tadi.

Tambah laporan itu lagi, keadaan berbeza dilihat berlaku di Sarawak apabila hujan lebat serta ribut petir sedang melanda kebanyakan tempat di negeri itu terutama sekitar persisiran pantai ketika ini.

“Bagi negeri Sabah pula, tiada cerapan hujan dilaporkan, dan cuaca adalah baik dan cerah sehingga kini, namun dijangka mengalami cuaca buruk menjelang petang nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI