fbpx

Jepun isytihar sifar karbon pada 2050

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suga menyampaikan ucapan berhubung dasar pertama beliau semasa satu persidangan di Dewan Rendah di Tokyo semalam. – AFP

TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga semalam menetapkan tarikh ak­hir 2050 untuk menjadi negara neutral karbon, mengukuhkan komitmen Tok­yo dalam menangani perubahan iklim.

“Kami akan mengurangkan jumlah gas rumah hijau (oleh Jepun) kepada sifar menjelang 2050 yang bermaksud karbon neutral,” kata Suga dalam ucapan dasar pertama beliau kepada Parlimen sejak mengambil alih pemerintahan negara.

“Saya mengisytiharkan kami akan mewujudkan masyarakat tanpa karbon,” tambahnya.

Tokyo sebelum ini berpegang kepada matlamat untuk mencapai status negara neutral karbon pada separuh akhir abad ini, objektif yang dikritik oleh aktivis-aktivis pemuliharaan iklim sebagai samar dan tidak berwawasan.

Matlamat baharu itu bagaimanapun meletakkan Jepun sebaris dengan Eropah, Britain dan sejumlah negara kecil dan satu dekad lebih awal berbanding China. Beijing pada bulan lalu menetapkan matlamat mencapai sifar pencemaran karbon pada 2060.

Suga tidak memberikan perincian bagaimana Jepun akan mencapai tujuan tersebut tetapi beliau berkata, teknologi adalah sangat penting.

“Kuncinya adalah inovasi,” kata Suga yang memetik bateri solar sebagai sumber tenaga hijau generasi akan datang.

Jepun menandatangani perjanjian Paris, adalah penyumbang keenam terbesar pengeluaran gas rumah hijau global pada 2017, demikian menurut Agensi Tenaga Antarabangsa.

Tokyo bergelut untuk mengurangkan pelepasan karbon setelah mematikan beberapa reaktor nuklear susulan kebocoran loji nuklear di Fukushima akibat bencana gempa bumi dan tsunami pada 2011.

Pergantungan kepada bahan bakar fosil seperti arang batu dan diesel meningkat setelah bencana di Fukushima.

Sebanyak 140 loji janakuasa arang batu di Jepun membekalkan hampir satu pertiga daripada keperluan tenaga elek­trik negara itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI