JAKARTA – Pejabat Perkhidmatan Pendidikan dan Kebudayaan Wilayah Nusa Tenggara Timur (NTT) di Indonesia mula melaksanakan waktu bekerja di pejabat bermula pukul 5.30 pagi bagi penjawat awam negeri pada awal bulan ini, lapor portal berita Okezone.
“Hari ini, kami mula melaksanakan waktu bekerja pukul 5.30 pagi bagi penjawat awam negeri khususnya di Pejabat Pendidikan dan Kebudayaan NTT,” kaya Ketua Pejabat Perkhidmatan Pendidikan dan Kebudayaan NTT, Linus Lusi.
Tambah Linus, pelaksanaan itu bertujuan untuk menyesuaikan waktu persekolahan bagi sekolah-sekolah di Kota Kupang dalam wilayah berkenaan, sebagai menyokong dasar diperkenalkan Gabenor NTT, Viktor B Laiskodat.
Menurutnya, ia juga dilakukan bagi membolehkan pejabat itu bersiap sedia menghadapi sebarang keperluan yang mendesak daripada sekolah-sekolah terlibat pada waktu subuh.
“Kita tidak mahu keadaan berlaku di mana jika ada sekolah menghubungi Pejabat Pendidikan dan Kebudayaan, pejabat ini masih belum dibuka dan tiada pekerja,” kata Linus.
Meskipun waktu pejabat bermula seawal pukul 5.30 pagi, waktu pulang tetap tidak berubah iaitu pada pukul 4 petang.
Peraturan waktu bekerja pada pukul 5.30 pagi itu adalah pertama kali dilaksanakan di Indonesia dan dunia. – AGENSI