fbpx

Gempa bumi sederhana gegar Selatan Jawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa bumi berukuran sederhana berlaku di Selatan Jawa, Indonesia, sebentar tadi.

PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi berukuran sederhana telah berlaku di Selatan Jawa, Indonesia pada pukul 1.22 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, kejadian gempa bermagnitud 5.3 skala Richter itu berlaku di 10.7 darjah Selatan dan 113.3 darjah Timur.

“Gempa bumi sederhana itu berlaku 302 kilometer (km) Barat Daya dari Denpasar, Indonesia dengan kedalaman 31 km.

“Bagaimanapun, kejadian gempa itu tidak menyebabkan ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI