fbpx

Ahli Parlimen Kepong diperintah bayar ganti rugi RM2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lip Eng

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng hari ini diperintah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini membayar ganti rugi RM2 juta kepada sebuah firma e-dagang MonSpace (M) Sdn. Bhd. dan pengasasnya Datuk Seri Jessie Lai.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian selepas mendapati Lip Eng bertanggungjawab memfitnah Jessie Lai dan MonSpace secara libel (bertulis) yang bertindak selaku plaintif pertama dan kedua.

Dalam penghakimannya hari ini, Akhtar memerintahkan Lip Eng membayar ganti rugi sebanyak RM500,000 kepada Lai dan RM1 juta kepada MonSpace serta ganti rugi teruk berjumlah RM500,000 kepada kedua-dua plaintif.

Hakim itu juga memerintahkan Lip Eng perlu mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada kedua-dua plaintif dalam akhbar vernakular dan media sosial dalam tempoh tujuh hari selepas penghakiman.

Sementara itu dalam penghakiman ringkasnya yang dibacakan secara dalam talian, Hakim Akhtar berkata, mahkamah mendapati kedua-dua plaintif berjaya membuktikan tuntutan mereka terhadap Lip Eng dan berhak untuk mendapatkan permohonan maaf serta ganti rugi.

Hakim itu berkata, Lip Eng tidak menafikan membuat kenyataan itu yang secara jelas ditujukan kepada kedua-dua plaintif dan membayangkan mereka melakukan aktiviti haram dan menipu pelabur China.

Untuk rekod Jessie Lai dan MonSpace memfailkan saman terhadap Lip Eng (defendan) pada Jun 2019, kerana mendakwa defendan mengeluarkan kenyataan memfitnah yang diterbitkan dalam akhbar berbahasa Inggeris dan Cina bahawa mereka menjalankan perniagaan haram dan menipu pelabur dari negara China.

Plaintif berkata, Lip Eng membuat kenyataan itu pada Mei 2017 dan November 2018 apabila beliau membawa sekumpulan individu, yang dikatakan pelabur MonSpace, ke pejabat Lai dan kemudiannya membuat laporan polis terhadapnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI