fbpx

Liga Super: Selangor FC harap aksi menentang JDT ‘bebas’ kontroversi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selangor FC mengadakan Majlis Pengenalan Rakan-Rakan Strategik musim 2023 di Pusat Latihan Selangor FC di Shah Alam petang tadi.

SHAH ALAM – Pasukan Selangor FC mengharapkan pengadil untuk menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada saingan Liga Super, Jumaat ini bersikap telus dan dapat mengawal perlawanan sebaik mungkin.

Sebagai rekod, aksi Gergasi Merah menentang JDT di Petaling Jaya tahun lalu menimbulkan sedikit kekecohan apabila beberapa keputusan pengadil telah dipertikai selain ada insiden di perkaranan stadium selepas tamat perlawanan.

Pengurus skuad Gergasi Merah, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid berkata, pegawai perlawanan yang bakal ditugaskan dalam aksi itu nanti diharapkan sudah bersedia untuk mengadili dengan sebaiknya aksi itu nanti.

“Saya rasa perkara yang berlaku itu (insiden pengadil diserang di luar stadium) telah dijadikan sebagai pengajaran besar untuk semua pihak. Apa yang pasti, isu kepengadilan perlawanan kita serahkan kepada mereka yang berkuasa agar terus memantau prestasi pengadil-pengadil yang beraksi setakat ini.

“Sebagai pentadbir pasukan, kita berharap dan akan menyokong penuh usaha-usaha yang sedang dijalankan oleh FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dalam meningkat mutu kepengadilan ini.

“Bagi aksi bertemu JDT nanti, kita pun kita tak tahu siapa yang bakal dipilih, dan harap dia boleh mengawal perlawanan dan tempo dengan baik,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Pengenalan Rakan-Rakan Strategik musim 2023 di Pusat Latihan Selangor FC di Shah Alam petang tadi.

Mengulas lanjut, Mahfizul menyeru agar ribuan penyokong setia Merah Kuning hadir membanjiri Stadium MBPJ dalam memastikan pasukan dapat melakar keputusan positif ke atas pendahulu liga itu nanti.

“Kami harap penyokong dapat hadir ke stadium selain mahu suasana perlawanan berlangsung dengan baik dengan semangat kesukanan tinggi tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku,” katanya.

Selangor yang masih belum tewas dalam empat perlawanan awal musim ini mengumpul 10 mata dengan dibezakan dua mata di belakang JDT yang menghuni tangga teratas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI