fbpx

Hafizh mula dapat sentuhan terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH semakin bersemangat selepas berjaya meraih tiga mata pada GP Teruel di Litar Motorland kelmarin. - ASPAR TEAM

PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah sudah mula mendapat sentuhan terbaik apabila berjaya mengutip tiga mata pada Grand Prix (GP) Teruel kelmarin memandangkan perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) kini berbaki tiga pusi­ngan untuk tamat.

Hafizh, 26, menyifatkan, pasukannya mengambil langkah berani pada perlumbaan di Litar Motorland, Sepanyol itu selepas menggunakan tayar jenis lembut sekali gus membantunya menamatkan saingan di kedudukan ke-13.

Justeru, pelumba pasukan Aspar Team itu mahu membawa pelarasan yang sama menjelang dua perlumbaan seterusnya di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol iaitu GP Europa dan GP Valencia masing-masing pada 8 serta 15 November ini.

“Alhamdulillah, saya dapat tempat ke-13 dan meraih mata pada perlumbaan ini. Terima kasih kepada pasukan, penyokong, keluarga, ayah serta isteri kerana memberikan soko­ngan dan mempercayai saya.

“Kami mempertaruhkan pelarasan baharu dengan menggunakan tayar lembut pada bahagian belakang jentera dan ia sangat membantu perlumbaan saya. Kami akan guna asas yang sama dalam baki tiga perlumbaan selepas ini.

“Mungkin musim ini bukan tahun saya untuk mendapat perlumbaan terbaik dalam karier. Namun, saya tetap percaya dengan kemampuan sendiri,” katanya yang kini berada pada kedudukan ke-20 keseluruhan dalam carta pelumba Moto2.

Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Kasma Da­niel Kasmayudin kecewa selepas terjatuh pada awal perlumbaan, sekali gus terlepas peluang untuk mengutip mata pertama dalam penampilan sulung Moto2.

“Saya mohon maaf kepada pasukan. Ini adalah satu pengajaran kepada saya dan akan terus bekerja lebih gigih untuk perlumbaan seterusnya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI