fbpx

Bayern lega Gnabry boleh beraksi semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GNABRY disahkan bebas daripada pandemik Covid-19 dan boleh beraksi bersama Bayern pada perlawanan menentang Lokomotiv Moscow di Stadium Lokomotiv awal pagi esok.

MUNICH – Bayern Munich mendapat suntikan semangat apabila pemain utama, Serge Gnabry boleh beraksi menje­lang saingan Liga Juara-Juara menentang Lokomotiv Moscow di Stadium Lokomotiv awal pagi esok.

Sebelum ini, pemain antara­bangsa Jerman itu terlepas dua aksi bersama Bayern apabila disahkan positif Covid-19 selepas kembali daripada tugasan antarabangsa.

Bagaimanapun, ujian kedua yang dijalankan ke atas Gnabry mendapati dia sudah bebas daripada pandemik tersebut sekali gus dijangka dapat beraksi menentang Moscow esok.

“Gnabry sudah bebas daripada perintah kuarantin selepas dipantau perkembangannya dalam lima hari terakhir. Dia terpaksa menjalani perintah kuarantin sebelum ini kerana didapati positif Covid-19.

“Kemudian, dia menjalani ujian lanjut setiap empat hari dan didapati semua ujian tersebut adalah negatif. Jus­teru, dia kini bebas untuk menyertai pasukan ke Moscow,” kata kelab itu menerusi satu kenyataan.

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Munich turut mengeluarkan kenyataan bahawa pemain berusia 25 tahun berkenaan sudah bebas sepenuhnya daripada Covid-19.

“Ujian yang dilakukan sebelum ini menunjukkan Gnabry sudah bebas daripada Co­vid-19, jadi perintah kuarantin ditarik balik. Pemain sayap itu boleh beraksi pada perlawanan tersebut,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI