TANPA prejudis, pelakon Moon Chae-won berkeras mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen yang berniat jahat menulis komen tentang dirinya.
Agensinya, IOK Company memaklumkan pelbagai komen dan khabar angin dengan niat jahat mengenai Chae-won kini tersebar dalam media sosial.
“Kami menemui pelbagai komen dan khabar angin berniat jahat yang tersebar di pelbagai forum komuniti dalam talian mengenai aktres Moon Chae-won.
“Kami sedar bahawa khabar angin ini memberi kesan negatif kepada kesihatan mental aktres juga menyebabkan kesusahan kepada peminatnya.
“Kami sedang meneliti segala dokumen yang dikumpulkan dan bukti dihantar peminat,” kata pihak agensinya.
IOK Company tidak akan teragak-agak mengambil tindakan serius terhadap isu yaang mendatangkan mudarat kesihatan mental aktres itu.