SELEPAS mengetahui perkembangan terkini tentang kemasukan ke dalam perkhidmatan ketenteraan, Minhyuk dari kumpulan Monsta X menulis surat buat peminatnya.
Surat tersebut ditulis untuk menyampaikan berita bahawa dia sudah dipanggil untuk memasuki latihan ketenteraan wajib bulan depan.
“Mulai 4 April, saya tidak akan dapat melihat anda semua dengan kerap untuk sementara waktu kerana saya akan pergi menjalankan tugas kepada negara.
“Saya perlu datang ke kafe untuk menulis mesej kepada anda semua dan berkongsi foto memberitahu anda semua bahawa saya telah selesai dengan senaman saya.
“Sebenarnya saya sudah tidak sabar untuk menggunakan masa untuk menjadikan diri lebih kuat dan kembali menjadi orang yang lebih baik,” tulisnya dalam surat.
Dalam surat tersebut juga, Minhyuk meminta peminat untuk tidak bersedih kerana dia tidak pergi ke tempat yang jauh.
Minhyuk secara rasmi akan menjadi ahli kedua Monsta X yang masuk kem tentera selepas Showny mendaftar pada Julai 2021.