fbpx

Real tekad buru kemenangan pertama Liga Juara-Juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMOS (kiri) bersama rakan-rakan sepasukannya berusaha memburu kemenangan pertama pada aksi Liga Juara-Juara menentang Monchengladbach di Borussia Park awal pagi esok.

MADRID – Selepas melakar kemenangan 3-1 ke atas Barcelona pada aksi La Liga Sabtu lalu, tugas sukar menanti Real Madrid menjelang saingan Liga Juara-Juara apabila menentang Borussia Monchengladbach di Borussia Park awal pagi esok.

Tekanan pastinya memuncak buat jurulatih Real, Zinedine Zidane untuk mencatat kemenangan sulung dalam Liga Juara-Juara selepas tewas 2-3 kepada Shakhtar Donetsk minggu lalu.

Sekiranya Real mencatat kemenangan ke atas Monchengladbach awal pagi esok, sudah tentu ia mampu mengurangkan tekanan ke atas Zidane terutamanya berhubung masa depannya di Santiago Bernabeu.

“Dalam bola sepak, sudah tentu ada saat di mana kami berdepan situasi tidak menentu dan berada dalam keadaan sukar. Saya harap ia tidak berterusan,” kata kapten Real, Sergio Ramos.

Sementara itu, Zidane ­me­ngakui beliau bertanggungjawab atas prestasi skuad kendaliannya selain menegaskan akan terus bersama Real selagi khidmatnya diperlukan.

“Saya tidak pernah rasa selesa dengan jawatan ini dan sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki pasukan. Saya tidak kisah dikritik setiap kali mengalami kekalahan.

“Pemain-pemain ini sudah banyak memenangi kejuaraan bersama saya, jadi saya tidak akan mengabaikan mereka. Kami akan terus berjuang bersama hingga ke garisan penamat,” ujar Zidane. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN