fbpx

LRT belum pulih, ramai mengeluh penat hadap kesesakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sesak di Stesen Hang Tuah pada waktu puncak yang dimuat naik pengguna media sosial.

PETALING JAYA – Orang ramai mula mengeluh dan meluahkan rasa penat apabila terpaksa menghadapi kesesakan melampau ketika menggunakan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) laluan Ampang terutama pada waktu puncak ekoran masalah kerosakan struktur jejambat berhampiran Stesen Bandaraya yang masih belum selesai.

Menerusi tinjauan Kosmo! di media sosial antara lokasi yang terkesan adalah Stesen Hang Tuah, Plaza Rakyat dan Bandaraya.

Seorang pekerja swasta dikenali sebagai Puan Sri Duttie meluahkan rasa penat apabila dia tidak sanggup lagi mengharungi kesesakan di stesen LRT itu setiap hari.

Dia yang bekerja berhampiran Stesen Masjid Jamek terpaksa turun di Stesen Hang Tuah atau Plaza Rakyat sebelum menaiki bas perantara ke tempat kerja.

“Sampai bila kena hadap benda ni? ‘I am mentally and physically exhausted (saya sudah letih daripada segi mental dan fizikal). Saya tak larat nak hadap dah sampai rasa nak berhenti kerja,” luahnya.

Selain itu, bagi Hidayah Zakir, dia terpaksa mengeluarkan kos yang lebih bagi menggunakan perkhidmatan e-hailing ke tempat kerja.

Tedahulu, Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) menerusi satu kenyataannya memaklumkan, operasi baik pulih landasan yang terjejas itu akan dimulakan pada awal bulan Mac dan dijangka siap dalam tempoh tujuh bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI