fbpx

SPRM tahan penolong akauntan agensi kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penolong akauntan di sebuah agensi kerajaan direman tujuh hari atas tuduhan pecah amanah di Mahkamah Majistret 2 Kuantan di Kuantan.

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penolong akauntan sebuah agensi kerajaan kerana disyaki melakukan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM41,768.

Suspek yang berumur 42 tahun ditahan ketika hadir di Pejabat SPRM Kuantan di sini kira-kira pukul 3.30 petang semalam.

Suspek dikatakan telah meminta dan menerima wang rasuah antara RM50 sehingga RM2,500 antara April 2021 sehingga Februari tahun lalu dengan nilai keseluruhan berjumlah RM41,768.

Wang terbabit dikatakan diminta dari pemilik sebuah syarikat sebagai balasan mempercepatkan bayaran tuntutan bagi kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan Jabatan di bengkel syarikat tersebut.

Perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman di Mahkamah Majistret 2 Kuantan, di sini, hari ini.

Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI