fbpx

F1 Pro Series tawar hadiah RM3.12 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VISUAL perlumbaan F1 Pro Series menunjukkan jentera dikendalikan Opmeer muncul juara pusingan pertama di Bahrain baru-baru ini.

PERLUMBAAN Formula Satu (F1) Pro Series adalah kejohanan e-Sukan paling bernilai ketika ini apabila 10 pasukan rasmi F1 mengambil bahagian dalam pertandingan itu yang menawarkan wang tunai keseluruhan bernilai AS$750,000 (RM3.12 juta).

Lebih menarik, kira-kira 237,000 peserta dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam pusingan kelayakan untuk me­layakkan diri ke kejohanan tersebut yang sudahpun membuka tirainya bulan ini.

Namun, hanya 30 peserta daripada 10 pasukan terpilih dalam senarai akhir pertandi­ngan dengan dua pelumba akan disenaraikan mewakili skuad masing-masing dalam saingan yang membabitkan keseluruhan 12 pusingan perlumbaan.

Antara pasukan bertan­ding adalah Haas F1 Team Esports, Racing Esports Team, McLaren Shadow, Mercedes-AMG Esports, Red Bull Racing Esports, Renault Vitality, Alfa Romeo F1 Esports, AlphaTauri Esports Team, Williams Esports dan Ferrari Driver Academy.

Bagaimanapun, para peserta terpaksa bertanding secara online di kediaman masing-masing disebabkan penularan wabak pandemik Covid-19 yang sepatutnya menyaksikan kejohanan itu berlangsung di bandar Londa, India.

PELUMBA Alfa Romeo, Jarno Opmeer kini mendahului senarai pendahulu selepas mencatat dua kemenangan daripada tiga perlumbaan setakat ini.

Ketua Inisiatif Perniagaan Digital & Esports Formula 1, Julian Tan berkata, pihaknya yakin saingan tahun ini menyajikan persaingan yang lebih menarik memandangkan semua pasukan daripada perlumbaan sebenar F1 mengambil bahagian.

“Kami sangat gembira melihat Pro Series kembali dianjurkan. Bagaimanapun, serangan Covid-19 terpaksa menyaksikan penganjuran tahun ini dilakukan secara online berbanding edisi-edisi terdahulu.

“Perlumbaan pusingan pertama sangat mendebarkan dan menarik disaksikan oleh semua peminat kejohanan ini. Setakat ini, tiga perlumbaan telah berlangsung dengan penuh sengit dan kita boleh melihat podium penamat yang berbeza.

“Semua peserta dilihat be­kerja keras dalam setiap perlumbaan dalam usaha mereka me­rebut hadiah keseluruhan berjumlah AS$750,000 (RM3.12 juta).

“Kami sudah tidak sabar untuk menyaksikan pusi­ngan perlumbaan seterusnya,” kata­nya.

PELUMBA pasukan Red Bull Racing Esports, David Tonizza menunjukkan trofi kejuaraan yang dimenanginya pada penganjuran edisi tahun lalu.

Perlumbaan Pro Series kini memasuki pusingan ketiga de­ngan pelumba daripada pasukan Alfa Romeo Racing, Jarno Opmeer mendahului saingan selepas berjaya meraih dua kemenangan setakat ini.

Pelumba dari Belanda ber­kenaan merekodkan kemena­ngan sewaktu perlumbaan pembukaan dalam talian itu di Bahrain dan kemudian berjaya me­raih tempat ketiga di Hanoi, Vietnam sebelum melakukan kejutan muncul juara di Shanghai, China.

Hasil kemenangan tersebut, Opmeer kini mendahului saingan dengan kelebihan 24 mata.

Juara edisi 2019 daripada pasukan Red Bull Racing Esports, David Tonizza yang meraih kemenangan pada pusingan kedua di Hanoi kini menduduki tangga keenam keseluruhan dengan 25 mata selepas sekadar menamatkan perlumbaan pusingan pertama baru-baru ini pada tempat ke-20 di Bahrain.

Sebagai rekod, pasukan Alfa Romeo kini mendahului kejua­raan kategori pengeluar selepas mengumpul 98 mata, berkelebihan 29 mata ke atas pasukan Red Bull di tempat kedua.

Perlumbaan seterusnya iaitu pusingan keempat dan kelima di Litar Zandvoort, Belanda serta Litar Gilles Villeneuve di Mont­real, Kanada bakal berlangsung dari 4 hingga 5 November ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI