fbpx

Uji kehebatan kereta, motosikal di Kota Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZNAN (kiri) bersama peserta Program Pengerang Time Speedo di Jalan Persekutuan FT140 Jalan Bukit Buluh (Tiongnam) di Kota Tinggi baru-baru ini.

KOTA TINGGI – Jalan Persekutuan FT140 Jalan Bukit Buluh (Tiongnam) bakal menjadi ‘litar halal’ bagi peminat motosikal dan kereta untuk menguji kehebatan kenderaan masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin berkata, beliau akan memohon kebenaran Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menga­dakan acara ujian masa kende­raan di jalan berkenaan.

Menurutnya, permohonan itu rentetan kejayaan penganjuran Program Pengerang Time Speedo yang mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran 10,000 pengunjung sepanjang tiga hari berlangsung.

Program yang melibatkan kategori motosikal dan kereta itu pertama kali dianjurkan di Pengerang mendapat penyertaan lebih 500 peserta dari dalam dan luar daerah ini.

“Jalan awam di bawah JKR ini kita akan mohon untuk dijadikan litar tetap bagi acara time speedo, kami harap JKR akan dapat terima permohonan kami serta meluluskannya.

“Permohonan itu bukan untuk menjadikan jalan tersebut sebagai litar berlumba, tetapi platform menguji masa sahaja,” katanya baru-baru ini.

Aznan berkata, program yang mahu dianjurkan itu juga bukanlah untuk menghalalkan kegiatan haram seperti aktiviti perlumbaan, sebaliknya bagi menyediakan landasan yang betul kepada peminat motosikal dan kereta untuk menguji kehebatan ken­deraan mereka.

“Yang haram kita tidak halal­kan, bahkan kita tahu keba­nyakan anak muda berlumba di tempat awam. Oleh itu kali ini kita bawa mereka dalam trek, ikut prosedur operasi standard (SOP) yang betul terutama soal keselamatan dengan kelulusan pihak berkuasa.

“Lebih penting melalui program ini juga kita mahu melahirkan seorang pelumba motosikal yang hebat dari Pengerang sama ada di peringkat negara atau antarabangsa,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI