fbpx

Tekanan Guardiola semakin memuncak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA (kiri) resah ramai pemain utama City mengalami kecederaan termasuk Aguero menjelang aksi menentang Olympique Marseille pada Liga Juara-Juara di Stadium Velodrome awal pagi esok.

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berada dalam tekanan menjelang aksi Liga Juara-Juara bertemu Olympique Marseille di Stadium Velodrome awal pagi esok.

Ia disebabkan beberapa pemain utama termasuk penyerang utama, Sergio Aguero yang mengalami kecederaan hamstring ketika seri 1-1 bertemu West Ham United Sabtu lalu.

Kecederaan itu memberi tamparan hebat buat Guardiola, lebih-lebih lagi pemain antarabangsa Argentina itu baru pulih daripada kecederaan lutut yang menyaksikan dia diketepikan selama empat bulan sebelum ini.

“Ia adalah kecederaan pada otot hamstring Aguero. Saya fikir kita semua akan tahu tahap kecederaannya selepas dia menjalani ujian lanjut selepas ini.

“Apabila dijadualkan beraksi setiap tiga hari, anda perlukan semua pemain tetapi saya tidak mahu merungut. Bagaimanapun, inilah hakikat sebenar yang perlu diterima,” luah Guardiola.

Meskipun turun tanpa pemain utama pada perlawanan awal pagi esok, namun bekas jurulatih Barcelona itu berharap mereka mampu membawa pulang tiga mata ke Stadium Etihad.

“Sudah tentu saya mahukan kemenangan pada perlawanan menentang Marseille. Sekarang kami perlu rehat dan fokus pada saingan Liga Juara-Juara meskipun pemain berada dalam kea­daan penat,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI