fbpx

Rekod bersih Everton akhirnya lebur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIGNE (belakang) menerima kad merah kerana memijak kaki Walker-Peters sekali gus dilihat sebagai antara punca kekalahan Everton kepada Southampton awal pagi semalam. – AFP

SOUTHAMPTON – Pengurus Everton, Carlo Ancelotti akan mengemukakan rayuan terhadap layangan kad merah diberikan kepada pemain pertahanannya, Lucas Digne ketika menentang Southampton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam kelmarin.

Digne diarahkan keluar padang dalam separuh masa kedua selepas melakukan terjahan keras daripada belakang dengan memijak tumit kaki bek kanan Southampton, Kyle Walker-Peters pada aksi di Stadium St. Mary itu.

Ketiadaan Digne menyaksikan Ancelotti tidak dapat mengubah taktikal permainan selepas membuat tiga pertukaran sebelum insiden itu berlaku dan terpaksa akur mencatat kekalahan pertama musim ini dengan keputusan 0-2 kepada Southampton.

“Layangan kad merah ini sa­ngat lucu kerana dia (Digne) tidak berniat mencederakan lawan. Pengadil sepatutnya boleh beri keputusan yang lebih baik seperti kad kuning kerana ia bukan satu kelakuan yang ganas.

“Mungkin keputusan pengadil hari ini dipengaruhi oleh insiden mengaitkan (Jordan) Pickford dan Richarlison dalam perlawanan terdahulu. Saya akan membuat rayuan kerana kad merah ini tidak adil buat kami,” kata Ancelotti.

Ini adalah kali pertama Everton menyaksikan pemainnya menerima kad merah dalam dua aksi EPL berturut-turut sejak Di­sember 2002 selepas Richarlison diarahkan keluar padang ketika seri 2-2 dengan Liverpool pada 17 Oktober lalu.

Jika rayuan Everton tidak diterima, ia bermakna Digne akan terlepas tiga perlawanan EPL menentang Newcastle United (1 November), Manchester United (7 November) dan Fulham pada 21 November ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI