fbpx

Polis Thai kawal ladang durian elak buah atas pokok dicuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis Trat melancarkan skim kawalan durian pertama di Thailand bagi mengelakkannya daripada dicuri. - Nation Thailand

BANGKOK – Polis Trat melancarkan apa dipercayai sebagai skim kawalan durian pertama di Thailand selepas pencuri mencuri buah itu bernilai hampir 1 juta baht (RM130,138) dari sebuah ladang di wilayah timur negara itu, lapor portal berita The Nation Thailand hari ini.

Balai Polis Ao Cho di daerah Muang menawarkan skim itu berikutan aduan daripada petani tempatan bahawa terdapat pencuri yang menyelinap masuk ke ladang mereka pada waktu malam dan melarikan buah durian masak dari atas pokok.

Skim itu bermula semalam di sebuah kebun milik seorang petani berusia 55 tahun di daerah Huang Nam Khao selepas hasil tanaman duriannya bernilai hampir 1 juta baht baru saja dilarikan pencuri.

Ketua Inspektor Ao Cho, Mejar Ariyachai Thima berkata, kerugian akibat kecurian durian tahun lalu di Trat dianggarkan bernilai beberapa juta baht selepas bertan-tan buah itu hilang sehingga mendorong polis dan petani tempatan untuk bersama-sama merangka skim kawalan.

Petani-petani yang mendaftar akan menerima lebih banyak pengawasan ladang daripada pihak polis terutamanya pada waktu malam ketika pencuri paling aktif, kata Ariyachai.

Pasukan polis itu akan membuat rondaan dalam dua syif iaitu dari pukul 6 petang (waktu tempatan) hingga tengah malam dan dari tengah malam hingga subuh, manakala kawalan akan diteruskan sehingga semua durian dipetik serta dijual. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI