fbpx

Pencuri tersepit 5 jam celah pintu pasrah dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek tidak dapat bergerak dan hanya dilepaskan keesokan harinya oleh polis. – Tribun Medan

JAKARTA – Seorang pencuri di Batu Bara,  wilayah Sumatera Utara terpaksa berputih mata apabila dia tersepit pada pintu rumah mangsanya selama lima jam tanpa sempat melarikan apa-apa barangan, lapor laman berita Kompas semalam.

Suspek yang hanya dikenali sebagai BI, 30, dilaporkan sedang berusaha memasuki rumah mangsa ketika kejadian.

Ketua Polis Labuhan Ruku, Asisten Komisioner Polis Fery Kusnadi berkata, suspek pada awalnya memanjat pagar dan mencabut atap sebuah rumah lain untuk mencuri.

Namun, dia tiba-tiba mengubah niat dan beralih kepada rumah mangsa yang terletak bersebelahan rumah pertama.

Ketika mahu memecah masuk rumah tersebut, dia mencungkil pintu besi seberat 10 kilogram. Selepas pintu tersebut berjaya dicungkil, suspek menyendalnya menggunakan batang  kayu.

Namun, ketika suspek menjulur kepalanya di sebalik pintu itu, batang  kayu tersebut secara tiba-tiba jatuh yang menyebabkan dia menjadi panik.

Belum pun sempat suspek menyelamatkan diri, badannya tersepit pada pintu tersebut yang membuatkan dia tidak dapat bergerak sehingga ditemui oleh mangsa pada keesokan harinya.

“Pemilik rumah tersebut hanya menyedari hal itu pada keesokan harinya,” kata Fery.

Tambahnya, pemilik rumah berkenaan terkejut apabila mendapati terdapat seorang lelaki tersepit pada pintu rumahnya sejurus bangun daripada tidur.

Dia kemudian membuat laporan di balai polis sebelum suspek diberkas dan dibawa untuk mendapatkan rawatan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI