fbpx

Chelsea anjur majlis berbuka puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA menjadi kelab EPL pertama menganjurkan majlis berbuka puasa di stadium mereka, Stamford Bridge. - AFP

LONDON – Buat pertama kali dalam sejarah, pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea akan menganjurkan majlis berbuka puasa di stadium keramat, Stamford Bridge menjelang Ramadan yang bakal tiba.

Acara komuniti muslim terbesar di United Kingdom, Open Iftar akan bekerjasama dengan The Blues untuk mengadakan majlis tersebut yang dijadualkan berlangsung pada 26 Mac nanti.

Difahamkan, mereka akan menjemput komuniti-komuniti muslim termasuk beberapa buah masjid tempatan, pelajar sekolah bagi menjayakan majlis berbuka puasa itu bersama staf Chelsea.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ramadan Tent Project, Omar Talha berkata, pihaknya sangat berbesar hati diberikan peluang untuk mengadakan majlis berbuka puasa di Stamford Bridge, lebih-lebih lagi mereka meraikan ulang tahun ke-10 yayasan itu.

“Kami sangat bangga dan berbesar hati untuk menjayakan Open Iftar di Stamford Bridge, terutamanya kami akan menyambut ulang tahun ke-10. Kami gembira untuk bekerjasama dengan Chelsea yang mengamalkan pendekatan inklusif dalam bola sepak.

“Chelsea akan menjadi kelab Liga Perdana pertama dalam sejarah untuk mengadakan majlis berbuka puasa di stadium mereka. Bola sepak dan Ramadan sentiasa menyatupadukan orang ramai tidak kira latar belakang bangsa dan agama,” katanya.

Sementara itu, ketua Yayasan Chelsea, Simon Taylor mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke Stamford Bridge pada majlis berbuka puasa itu nanti selain berbangga dengan penglibatan kelab tersebut.

“Saya sangat gembira untuk mengumumkan kerjasama dengan Ramadan Tent Project bagi menganjurkan Open Iftar tahun ini. Kami juga bangga kerana menjadi kelab Liga Perdana pertama menganjurkannya,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI