fbpx

Lelaki tembak diri sendiri selepas tinggal dengan mayat reput

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki berkenaan dipercayai tinggal bersama mayat teman serumahnya selama berbulan-bulan sebelum membunuh diri. – ABC13

HOUSTON, TEXAS – Seorang lelaki berusia 60 tahun bertindak menembak dirinya sendiri selepas tinggal bersama mayat yang telah reput selama berbulan-bulan, lapor akhbar Daily Mirror kelmarin.

Dalam kejadian di negeri Texas, Amerika Syarikat itu, pasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian selepas beberapa jiran mengadu menghidu bau busuk dari dalam rumah lelaki berkenaan selain melihat kediaman itu dipenuhi lalat.

Ketika polis mahu memasuki rumah tersebut, mereka terdengar bunyi tembakan. Sejurus memasuki kediaman itu, polis melihat seorang lelaki terbaring di atas lantai dalam keadaan berlumuran darah akibat terkena tembakan.

Dalam masa sama, satu mayat lelaki lain ditemui dalam sebuah bilik berasingan dengan keadaan telah reput, dipercayai ditinggalkan selama berbulan-bulan.

Hubungan antara kedua-dua lelaki itu masih belum jelas namun, mereka dipercayai tinggal serumah.

Jiran-jiran turut menyifatkan kedua-dua lelaki berkenaan sebagai perahsia dan tidak bergaul dengan orang lain.

“Semalam (kelmarin), ketika saya sedang memotong rumput dan pergi ke bahagian belakang rumah, saya melihat banyak lalat yang bersaiz besar di rumah mereka.

“Kami amat terkejut. Ia amat menakutkan. Mayat lelaki tersebut hanya 6 meter dari rumah kami,” kata jiran sebelah rumah, Alton Bell.

Polis sedang menyiasat punca kematian kedua-dua lelaki tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI