fbpx

Barcelona berisiko hilang khidmat Gavi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAVI (tengah) mungkin perlu meninggalkan Barcelona ekoran kedudukan kewangan kelab itu menyebabkan mahkamah membatalkan kontrak baharunya. – AFP

BARCELONA – Barcelona berkemungkinan hilang khidmat pemain tengah, Gavi secara percuma pada musim panas nanti selepas hakim bertindak membatalkan pendaftaran kontrak sedia ada antara kelab dan pemain tersebut.

Difahamkan, tahun lalu Mahkamah Komersial Barcelona mengambil langkah alternatif yang menyaksikan pengurusan La Liga terpaksa menerima permohonan The Catalans untuk mendaftarkan Gavi.

Berdasarkan laporan media tempatan, Barcelona merujuk kes ke mahkamah selepas kontrak baharu Gavi sehingga 2026 ditolak La Liga dan hakim pada waktu itu menerima permohonan mereka, sekali gus memboleh­kan Gavi didaftar.

Bagaimanapun, Presiden La Liga, Javier Tebas memberi amaran beliau akan mencabar keputusan tersebut dan nampaknya usaha beliau mula membuahkan hasil apabila hakim membatalkan kontrak antara Gavi dan Barcelona.

Justeru, Barcelona merancang untuk membuat rayuan terhadap keputusan terbaharu itu walaupun Gavi masih boleh bermain bersama Barcelona.

Apa yang membimbangkan Barcelona adalah mereka mungkin tidak boleh mengekalkan Gavi di Camp Nou untuk jangka panjang memandangkan kedudukan kewangan kelab tidak berada pada tahap terbaik.

Walaupun ramai yang meng­anggap Gavi akan terus me­nyarung jersi Barcelona, namun kemungkinan untuk dia mening­galkan pasukan itu tetap ada selagi kontraknya tidak didaftar selain ejennya, Ivan de la Pena sudah ‘penat’ dengan situasi tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN