PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memperluaskan fungsi aplikasi MySejahtera kepada orang ramai yang ingin membuat tempahan janji temu pemeriksaan kesihatan pergigian.
KKM menerusi Twitter memaklumkan, pelaksanaan tersebut bagaimanapun akan dilaksanakan secara berfasa.
“Penggunaan temu janji menerusi MySejahtera bagi fasa satu akan bermula pada 20 Mac 2023 di semua klinik pergigian di Melaka dan Pulau Pinang.
“Bagi fasa dua pula, penggunaannya akan diperluaskan ke klinik pergigian seluruh negara bermula Mei ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE