PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan Semenanjung negara diramal mengalami hujan yang kurang berdasarkan analisis model cuaca sehingga 20 Mac (Isnin).
Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata, suhu juga turut dijangka lebih panas dari kebiasaan khususnya di negeri-negeri utara Semenanjung.
“Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang dijangka masih boleh berlaku di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung, Sabah serta Sarawak pada sebelah petang dan malam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Muhammad Helmi menasihatkan orang ramai untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua platform media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE