fbpx

Orang Asli hilang menjaring ikan ditemukan lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA ditemui di kedalaman 4.5 meter di tapak lombong di Solok Menggong, Alor Gajah, Melaka, hari ini.

ALOR GAJAH – Seorang lelaki Orang Asli yang dilaporkan hilang ketika sedang menjaring ikan di tapak bekas lombong di Solok Menggong di sini petang semalam ditemui lemas pagi tadi.

Mayat mangsa, Jerrey Juli, 34, ditemui di kedalaman 4.5 meter oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada pukul 9.17 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Zamri Omar berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 7.09 petang semalam daripada isteri mangsa.

“Seramai 24 anggota dikejarkan ke lokasi bersama pasukan PPDA dan pencarian selaman tidak dapat diteruskan kerana keadaan cuaca terlalu gelap pada waktu malam.

“Pasukan PDPA menyambung operasi pencarian pagi tadi dan berjaya menemukan mayat dalam kedalaman 15 kaki selepas dua minit pencarian. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, hasil soal siasat, mangsa dikatakan pergi ke tapak lombong itu bersama dua orang rakannya untuk menjaring ikan.

“Pada kira-kira pukul 6.30 petang mangsa telah turun dari perahu untuk membetulkan jaring, namun terjerlus dan gagal menyelamatkan diri.

“Dua rakannya cuba membantu tetapi gagal dan terus memaklumkan kejadian tersebut di Balai Polis Hutan Percha,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa berjaya ditemui oleh pasukan bomba dan dibawa ke Unit Forensik Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI