fbpx

30 unit pam digunakan untuk mengepam air di 14 kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BATU PAHAT – Langkah segera mengatasi masalah banjir termenung di daerah Batu Pahat sudah dilaksanakan dengan menggerakkan 30 unit pam air milik Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor (JPS).

Tujuh unit pam adalah daripada JPS Batu Pahat manakala 23 lagi menggunakan pam air dari JPS berdekatan di negeri ini.

Pegawai Daerah Batu Pahat, Nasri Md Ali berkata, proses mengepam ini dilakukan bagi mengalirkan air dari tali air yang lebih tinggi ke kawasan peperaritan lebih rendah untuk melancarkan perjalanan air.

Katanya, kampung yang terlibat dalam proses pengepaman bermula semalam adalah di Pintu Air Kuala Senggarang yang menggunakan enam unit pam, Kampung Parit Kumbang empat unit.

“Kampung lain yang turut dilakukan adalah masing-masing dua unit pam di Kampung Parit Bintang, Parit Jambul dan Sri Menanti manakala masing-masing satu unit pam digunakan untuk mengapam air di tali air di Kampung Parit Londang, Parit Lapis, Sungai Kajang, Parit Separap, Taman Botani di Sri Medan, Parit Sulung, Parit Sempadan dan pintu air di Parit Hylam,” katanya.

Menurut Nasri, paling banyak penggunaan pam adalah di Parit Jelutong yang memerlukan enam unit berikutan kawasan bergenaan agak terjejas berbanding kawasan lain.

“Dijangka proses ini dapat diselesaikan dalam masa antara dua hingga tiga hari bergantung kepada keadaan air serta cuaca selain fenomena air pasang. Diharapkan langkah ini dapat membantu kawasan penempatan menyelesaikan masalah banjir termenung,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI