fbpx

Dengar muzik lama, kuat dengan ‘earbuds’ boleh menyebabkan pekak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penggunaan ‘earbuds’ atau fon telinga dalam tempoh lama dan terlalu kuat boleh menyebabkan seseorang pengguna mengalami masalah pendengaran kekal termasuk pekak.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM), apabila terdedah kepada bunyi kuat, bulu-bulu halus dalam bahagian dalam telinga boleh rosak dan ia adalah kerosakan yang kekal.

Jelas PHM, pendengaran manusia berevolusi untuk menjadi sensitif kepada bunyi yang bernada rendah supaya dapat membantu mereka berburu dan berlindung dari haiwan berbahaya.

“Tanda-tanda awal kerosakan pendengaran adalah mendengar bunyi berdesing dalam telinga, bercakap kuat dan selalu bertanya “haaa…??” berulang kali akibat tidak dapat mendengar soalan.

“Untuk mencegah masalah ini, guna ‘rule’ 60/60. Hadkan bunyi earbuds tidak melebihi 60 peratus dan hanya gunakan earbuds tidak melebihi 60 minit secara berterusan,” katanya.

Poster yang dikongsi PHM di laman Facebooknya.

Pada masa sama, PHM menasihat pengguna agar menggunakan earbuds yang berkualiti yang ada fungsi noise cancellation.

“Jika ada pilihan, gunakanlah headphone kerana jarak jauh berbanding earbuds yang menekap rapat rongga telinga,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI