fbpx

Peras ugut scammer RM150,000, inspektor antara enam ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein ketika sidang akhbar di IPK Selangor hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Enam termasuk Inspektor polis dicekup selepas terlibat dalam kes peras ugut berjumlah RM150,000 dipercayai terhadap sindiket scammer warga China baru-baru ini.

Kesemua suspek dikatakan berusia 33 hingga 44 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.15 malam, Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penangkapan mereka susulan laporan polis dibuat seorang lelaki tempatan berhubung kes pemerasan oleh seorang pegawai polis dan lima anggota polis.

Katanya, mereka terdiri daripada masing-masing seorang yang berpangkat inspektor, sarjan dan konstabel selain selebihnya adalah koperal.

“Peras ugut itu berlaku dalam satu serbuan yang dipercayai ada kegiatan scammer yang terdiri warga China.

“Kita tangkap kesemua anggota polis yang disyaki terlibat dalam aktiviti tersebut pada Khamis lalu iaitu hari sama laporan diterima polis,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Beliau menjelaskan nilai kerugian peras ugut adalah berjumlah RM150,000 menerusi beberapa transaksi seperti didakwa pengadu.

Bagaimanapun, Hussein memaklumkan hasil siasatan mendapati polis tidak menemui atau merampas sebarang barang kes iaitu wang tunai hasil daripada suspek-suspek itu.

“Mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tamat tempoh reman sebanyak dua kali sebelum ini. Kertas siasatan telah dilengkapkan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan pihaknya juga sedang melakukan siasatan lanjut terhadap pengadu dan kumpulannya yang berkemungkinan terlibat dalam aktiviti scammer itu. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI