fbpx

KKM teliti isu tuntutan bayaran susulan pelanjutan operasi klinik kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Tropical Infectious Disease Conference 2023 di Hotel Everly, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menjalankan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung isu pembayaran tempoh 30 minit membabitkan pegawai perubatan susulan pelanjutan operasi klinik kesihatan selepas waktu pejabat.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa memaklumkan, pihaknya juga sedang meneliti aduan-aduan yang diterima membabitkan isu berkenaan.

“Sebenarnya perkara itu kita sedang ambil perhatian malah kita telah berbincang dengan JPA khususnya dan kita akan lihat dengan teliti perkara ini.

“Malah, segala aduan yang diterima berhubung perkata itu juga kita akan memperhalusinya,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan Tropical Infectious Disease 2023 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu hantaran di laman Twitter pada Sabtu lalu yang mendakwa kakitangan yang bertugas susulan pelanjutan operasi klinik kesihatan tidak dapat membuat tuntutan yang sewajarnya.

Pada 10 Mac, media melaporkan KKM telah memanjangkan waktu operasi di 52 buah klinik kesihatan sehingga 9.30 malam bagi mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan hospital. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI