fbpx

Terbayang wajah penyerang, Uqasha diserang ‘anxiety’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJADIAN menimpa Kamal di depan mata meninggalkan impak terhadap emosi Uqasha.

PETALING JAYA – Insiden serangan terhadap suami mengakibatkan pelakon, Uqasha Senrose mengalami trauma sehingga sukar melelapkan mata apabila kerap terbayang wajah penyerang.

Katanya, dihimpit ketakutan melihat insan kesayangan dibelasah teruk di depan mata mencetuskan rasa yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

“Saya ada anxiety (kegelisahan melampau) sampai makan tak selera, nak tidur pun rasa berdebar-debar serta ketakutan. Sekarang saya jadi takut nak bergambar dengan orang lain disebabkan kejadian ini.

“Macam tak percaya pula, selalu kami berlakon adegan kena pukul, tak sangka kali ini jadi betul-betul. Hanya Tuhan yang tahu rasa trauma yang saya alami sekarang,” luahnya dalam sesi langsung TikTok awal pagi tadi.

Situasi menakutkan yang dihadapinya membuatkan pemilik nama lengkap Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 30, itu menggunakan media sosial untuk meluahkan perasaan selain berkongsi cerita sebenar yang menimpa Kamal Adli.

Tambah pelakon Selepas Terlepasnya Akad itu, dia juga mahu memperbetulkan beberapa fakta kurang tepat dikongsi pihak lain mengenai keadaan Kamal supaya tiada salah faham.

“Lebih baik saya cerita sendiri dan penjelasan itu datang daripada mulut saya sendiri. Saya ini bukan suka-suka hendak cerita segala benda,” katanya lagi.

Dalam kejadian di karnival Hari Raya Mega Sale 2023 yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo malam kelmarin, Kamal diserang individu tidak dikenali hingga mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala dan perlu menjalani pembedahan.

Suspek yang melakukan serangan dengan memukul Kamal menggunakan chota besi berkali-kali pada bahagian kepala aktor itu sudah diberkas dan dihadapkan ke mahkamah, hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI