fbpx

Lihat opsyen terbaik isu pencen veteran – Mohamad Hasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad

PETALING JAYA – Kementerian Pertahanan akan meneliti sebaik mungkin opsyen yang ada berhubung isu penyelarasan pencen veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau juga akan meminta Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari untuk menumpukan isu tersebut termasuk berbincang dengan pemegang taruh.

“Kita akan meneliti sebaik mungkin opsyen-opsyen tentang isu hangat diperkatakan ini. Saya sudah beritahu di Parlimen pada sesi soal jawab dan sesi penggulungan kerana kita memerlukan penelitian.

“Saya minta timbalan menteri tumpukan isu ini termasuk bersama pemegang taruh (persatuan veteran ATM),” katanya pada sidang media pengumuman kadar dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di sini hari ini.

Minggu lalu, Datuk Khlir Mohd. Nor (PN-Ketereh) yang juga veteran ATM pada sidang di Dewan Rakyat menceritakan kisah mendukung mayat rakannya ketika berperang dengan komunis.

Beliau menceritakan kisah itu bagi menzahirkan kekecewaan veteran ATM yang masih ternanti-nanti penyelarasan pencen sejak sekian lama.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, beliau tidak meletakkan janji berhubung perkara tersebut.

“Kalau buat (penyelarasan) pun bukan untuk tahun kewangan ini, saya tak janjikan pada sesiapa. Kita ambil kira opsyen yang boleh diterima kerajaan pusat dan menggembirakan semua,” jelas beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI