fbpx

Dewan Rakyat : Kebebasan berpolitik di media sosial perlu ada had

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Teo Nie Ching

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berpendirian bahawa setiap individu mempunyai kebebasan bersuara dalam berpolitik untuk menyatakan pendapat dan kritikan namun haruslah sentiasa berpegang kepada peruntukan undang-undang dan tidak melanggar norma budaya masyarakat negara ini.

Namun begitu, jelas Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching, kebebasan bersuara tidak membawa maksud seseorang individu boleh membuat tohmahan, fitnah, mengeluarkan kata-kata kesat atau kebencian terhadap institusi raja mahupun memperlekehkan agama atau berbaur perkauman.

“Platform media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, TikTok, Youtube dan WhatsApp menjadi trend kepada generasi muda dalam mengekspresikan idea dan kritikan khususnya berkaitan isu politik.

“Bagaimanapun, kebebasan bersuara yang diberikan perlu limitasi agar tidak menyentuh sensitiviti yang boleh menjejaskan keharmonian negara,” jelasnya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Star), yang ingin tahu apakah kementerian terhadap kebebasan bersuara dalam berpolitik dalam kalangan generasi muda di dalam medium media sosial.

Tambah Nie Ching, setiap warganegara di Malaysia termasuk generasi muda bebas untuk menyatakan pendapat dan kritikan, namun ianya mempunyai had atau batas tertentu selagi mana tidak melanggar undang-undang sedia ada.

“Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] tidak pernah menghadkan kebebasan bersuara seperti yang telah termaktub di bawah Perkara 10 Perlembagan Persekutuan selagi mana penggunaan media elektronik tidak melanggar peruntukan perundangan di bawah Akta 588, khususnya di bawah peruntukan seksyen 211 dan juga seksyen 233,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI