fbpx

Terima kasih Michelle Yeoh sebut nama Malaysia, KL di Ocscar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Michelle Yeoh. AFP

PETALING JAYA – Rata-rata rakyat Malaysia bangga melihat kejayaan yang dipamerkan pelakon kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh apabila berjaya mencatat sejarah sebagai anak tempatan pertama merangkul trofi Oscar.

Michelle atau nama sebenarnya, Yeoh Choo Kheng, 61, diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Oscars ke-95 menerusi lakonan mantapnya sebagai Evelyn Quan Wang dalam filem Everything Everywhere All at Once di Dolby Theatre, Los Angeles.

Menerusi sebuah rakaman yang dikongsikan di portal Isu Semasa Viral di Twitter, Michelle dalam ucapannya di pentas Oscars sempat berterima kasih semua peminat serta keluarganya yang kini berada di Kuala Lumpur.

“Ini adalah bukti bahawa impian boleh menjadi kenyataan.

“Saya perlu mendedikasikan ini kepada ibu saya, semua ibu di dunia kerana mereka benar-benar superhero. Tanpa mereka, tiada sesiapa pun antara kita berada di sini.

“Dia berumur 84 tahun dan saya akan bawa pulang ini kepadanya dan dia sedang menonton sekarang di Malaysia, Kuala Lumpur bersama keluarga, rakan-rakan saya,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di media sosial memperlihatkan nama Michelle menjadi sohor kini di Twitter, dan ramai yang memberi ucapan tahniah serta berterima kasih kepada beliau kerana telah membanggakan negara Malaysia selain masih tidak lupa asal usulnya.

“Terima kasih Tan Sri Michelle Yeoh ada sebut nama KL dan Malaysia,” antara komen popular yang ditinggalkan orang ramai.

“Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh, anda sememangnya wanita hebat, dan tidak takut pada cabaran di luar sana, terima kasih kerana banggakan nama Malaysia dan masih ingat kepada negara ini meskipun sudah berjaya di peringkat dunia,” ciap Azwanie. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI