fbpx

Pas sambut baik pemulihan hubungan Arab Saudi, Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi.

PETALING JAYA – Pas menyambut baik pemulihan hubungan antara Arab Saudi dengan Iran dan menganggapnya sebagai langkah awal ke arah penyatuan ummah secara menyeluruh ke atas umat dan dunia Islam.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, dengan pemulihan tersebut ia akan merapatkan kembali hubungan antara Arab Saudi dan Iran yang selama ini terjejas.

Jelasnya, ia ekoran campur tangan dan tipu daya pihak berkepentingan yang mengambil kesempatan serta keuntungan semata-mata.

“Pemulihan hubungan ini juga turut dijangka akan memainkan peranan penting dalam menstabilkan suhu geopoltik di Asia Barat terutamanya penyelesaian konflik di Yaman, Syria, Lubnan dan Libya serta mampu menguatkan lagi perjuangan untuk membebaskan bumi Palestin.

“Umat dan dunia Islam sewajarnya turut sama menyambut baik langkah ini di samping menjadikannya sebagai contoh dan tauladan dalam usaha untuk mengeratkan kembali hubungan bagi mengelakkan sengketa berpanjangan yang merugikan ummah secara keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook, hari ini.

Abdul Hadi menambah, Pas turut mendoakan agar pemulihan hubungan antara Arab Saudi dan Iran akan terus berkekalan.

“Semoga ia menjadi titik tolak ke arah perpaduan dan penyatuan ummah ke atas seluruh umat dan dunia Islam,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan Iran dan Arab Saudi bersetuju memulihkan semula hubungan diplomatik antara kedua-dua negara dalam tempoh dua bulan akan datang selepas terputus selama tujuh tahun lalu.

Pengumuman hasil rundingan yang dikendalikan oleh China itu bakal mempunyai implikasi meluas di seluruh Asia Barat.

China menjadi pengantara dalam rundingan damai antara Riyadh dan Teheran untuk meredakan krisis dua hala. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI