fbpx

KKM berhati-hati pilih nama kluster elak stigma masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) sangat berhati-hati dalam pemilihan nama kluster bagi mengelakkan sebarang keresahan dan stigma kepada pesakit, penduduk setempat mahu pun organisasi yang terlibat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pemilihan nama kluster adalah berdasarkan latar belakang kes indeks bagi sesuatu kluster tersebut.

“Nama kluster dipilih berdasarkan nama bangunan, taman atau jalan tempat kediaman atau tempat kerja kes indeks.

“Ini adalah bagi memastikan komunikasi berkesan di antara pihak-pihak yang terlibat dalam kawalan dan pengurusan kluster,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengambil maklum pandangan umum mengenai konsep yang diguna pakai KKM dalam menamakan sesuatu kluster Covid-19.

Selain itu, beliau berkata, nama sesebuah kluster juga boleh dipilih bagi menggambarkan cara penyebaran jangkitan di antara kes indeks dan kontak rapat.

Katanya, sebagai contoh Kluster Auto yang menggambarkan jangkitan kluster di tempat kerja melibatkan pekerja di syarikat automotif dan Kluster Inai yang menggambarkan jangkitan kluster bermula daripada majlis berinai.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, KKM sentiasa melakukan pengesanan kes secara aktif di lapangan bagi memastikan kesemua yang terlibat disaring dan diasingkan daripada komuniti sekiranya didapati positif jangkitan Covid-19. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI