fbpx

Cuaca baik hampir di seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Keadaan cuaca dilihat baik dan cerah hampir di semua negeri di Semenanjung pada pagi ini.

Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, hujan lebat berlaku di satu dua tempat sekitar persisiran negeri Perak dan Selangor.

“Namun, keadaan tersebut dijangka akan beransur reda menjelang lewat pagi nanti,” katanya menerusi laporan di YouTube hari ini.

Tambah MetMalaysia, hujan serta ribut petir turut berlaku di satu dua tempat di negeri Sabah serta Sarawak dan dijangka kembali reda tidak lama lagi.

Selain itu, MetMalaysia dalam laporannya turut mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori waspada di bahagian barat negeri Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong.

“Amaran tersebut berkuat kuasa sehingga ke lewat malam nanti,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI