fbpx

Isteri maut, suami cedera langgar monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESAH (kiri) meninggal dunia selepas motosikal ditunggangi bersama suami melanggar seekor monyet di Jalan Lubok China, Melaka, semalam.

ALOR GAJAH – Seorang wanita warga emas maut, manakala suaminya cedera selepas motosikal yang mereka tunggang terbabas gara-gara terlanggar seekor monyet di Jalan Lubok China, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa Mesah Puteh, 50, yang membonceng meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di zon kuning Hospital Alor Gajah.

Suaminya, Jais Hussin, 76, bagaimanapun hanya mengalami luka ringan di kaki dan dirawat di zon hijau hospital sama.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku ketika pasangan itu dalam perjalanan dari arah pekan Lubok China untuk pulang ke rumah di Ramuan China Kechil.

“Setiba di lokasi, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y100 telah melanggar seekor monyet dan terbabas ke kiri jalan serta mengalami kecederaan sebelum dikejarkan ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, pihak hospital bagaimanapun memaklumkan bahawa pembonceng wanita berkenaan telah meninggal dunia pada pukul 1.59 petang hari sama dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI