fbpx

TMJ sasar miliki pasukan bola sepak wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TMJ.

PETALING JAYA – Pemilik kelab bola sepak gergasi tanah air, Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyasarkan memiliki pasukan wanita di bawah pengendalian kelabnya sendiri sebagai kemajuan dalam dunia sukan.

Bagaimanapun, Tengku Ismail menjelaskan perkara ini akan direalisasikan selepas kelab JDT mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi menampung dua pasukan bola sepak bagi mewakili negeri Johor.

“Insya-Allah, pada masa akan datang apabila bajet kami (kelab JDT) bertambah baik, kami akan ada pasukan bola sepak wanita sendiri,” jelasnya selepas ditanya penyampai radio, Farah Fauzana dalam segmen Bekpes Hot di Hot FM pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI