fbpx

Nurulhidayah masih berjuang rebut jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurulhidayah.

PETALING JAYA – Anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid masih kekal dengan pendiriannya untuk berjuang memenangi pemilihan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datuk meskipun telah diumumkan kalah semalam.

Menurut Nurulhidayah, beliau mendakwa wujud pelanggaran etika ketika proses pemilihan jawatan tersebut dan perkara itu telah dilaporkan kepada Jawatankuasa Pemilihan UMNO.

Katanya, perlanggaran tersebut membabitkan Perkara 4, Tataetika Pemilihan UMNO 2023, berkaitan pengaruh tidak wajar.

“WhatsApp pada malam pemilihan 10 Mac daripada seorang yang sudah dikenal pasti. Manipulasi, tipu helah, mendorong dan mengganggu.

“Perjuangan saya belum lagi tamat. Saya tidak kalah cuma belum lagi menang. Undi saya 115/268 dan yang ‘masih menang’ 133/268. Ini sudah dibawa ke Jawatankuasa Pemilihan UMNO,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datuk berjaya menjadi milik Zarozatin Isa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI