fbpx

Liga Super: Sabah sekadar seri dengan Sri Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SABAH catatkan keputusan seri buat kali pertama selepas diikat 1-1 dengan Sri Pahang. - FB SRI PAHANG

KUANTAN – Hasrat Sabah untuk mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus tidak kesampaian apabila terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dengan Sri Pahang di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Pada perlawanan kali ini menyaksikan pengendali The Rhinos, Datuk Ong Kim Swee menjadi jurulatih kedua dilayangkan kad merah selepas Nafuzi Zain namun Sabah wajar menyalahkan diri sendiri kerana mempersiakan peluang untuk mendapatkan tambahan jaringan.

Terdahulu, Sabah memulakan aksi dengan lebih baik dan memasuki minit ke-14, kem pelawat akhirnya ceria apabila memperoleh gol pembukaan menerusi pemain pertahanan, Daniel Ting.

Sembilan minit selepas itu, The Rhinos sepatutnya makin selesa sebaliknya tiang gol menafikan percubaan Park Tae-su sekaligus menafikan hasrat pemain import dari Korea Selatan itu memperoleh jaringan ketiganya musim ini.

Minit ke-26, usaha Dominic Tan untuk menghalang lorongan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham bertukar tragedi apabila pertahanan Sabah itu tergelincir dan situasi berkenaan pantas dimanfaatkan oleh bintang import tuan rumah, Kpah Sherman untuk meledak gol penyamaan.

Seterusnya, tiada perubahan dilakukan kedua-dua pengendali di babak kedua namun Sabah jelas lebih agresif dengan mencipta dua peluang terbaik sepanjang lima minit pertama selepas aksi bersambung.

Minit ke-60, penjaring terbanyak Sabah, Saddil Ramdani kembali dimasukkan bagi menggantikan Ko Kwang-min namun selang tujuh minit selepas itu, situasi bertambah getir buat pasukan pelawat apabila Kim Swee dilayangkan kad merah dan diarahkan meninggalkan kawasan tepi padang.

Keputusan itu menyaksikan Sabah kekal di tempat kedua Liga Super, berkongsi 10 mata dengan Selangor namun memiliki kelebihan jaringan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI